农耕教师营

Kursus Pertanian Guru Ke-1

Perubahan cuaca yang mendadak, penerokaan sumber terhadap alam sekitar yang tidak terkawal dan penggunaan baja kimia yang berlebihan telah membawa kesan buruk kepada alam sekitar dan menyumbang kepada pelbagai jenis penyakit sehingga menjejaskan alam sekitar dan kesihatan kita.

Oleh itu, Baba telah mula melancarkan pendidikan organik dan pelbagai aktiviti melindungi alam sekitar sejak beberapa tahun yang lepas. Aktiviti-aktiviti ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran kepada golongan petani, pemilik-pemilik kedai dan pengguna tentang pentingnya perlindungan terhadap alam sekitar serta mengalakkan orang ramai mengamalkan cara hidup yang sihat dan mesra alam untuk kesihatan yang lebih baik dan alam sekitar yang lestari. Sejak tahun 2015, kami melaksanakan program “Malaysia Lebih Organik”! dalam membantu dan memberikan pendidikan mengenaian penanaman organik dan mesra alam melalui pelbagai cara seperti pendidikan pertanian kepada petani, elaun untuk pensijilan organik serta banyak lagi.

Salah satu akitiviti utama adalah “Program Perkebunan Di Sekolah” di mana Baba berharap usaha murni ini dapat dijalankan dengan kerjasama sekolah-sekolah supaya para pelajar dapat diberi pendedahan dan kesedaran terhadap kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar. Baba berharap melalui akitiviti seperti ini, para pelajar dapat mempelajari dan mendekati alam semulajadi dengan lebih menyeronokkan dan seterusnya menghargai sumber alam sekitar yang sedia ada.

Kesedaran dan pengetahuan murid-murid akan membantu melahirkan masa depan yang lebih cerah dan mewujudkan alam sekitar yang lebih baik kerana mereka merupakan pengguna, ibu bapa, guru dan bakal pemimpin pada masa hadapan.

Hari ini, Baba berharap dapat bersama-sama dengan guru-guru di sekolah seluruh Malaysia dalam mempelajari perkara-perkara asas penanaman dalam pendidikan asas kepada perintis yang akan mengemudi Malaysia ini. Marilah kita melindungi alam sekitar dan masa depan kanak-kanak !

农耕教师营

Berkongsi halaman ini ke: