Organic Conference Facebook Cover

Persidangan Organik Malaysia yang Pertama

Pembangunan dan Masa Depan Industri Pertanian Makanan Tempatan

Selama bertahun-tahun ini, BABA telah mempromosikan dengan aktif pertanian organik dan merupakan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) yang pertama di Malaysia untuk menggalakkan pensijilan organik. Kami menyediakan pelbagai subsidi untuk para petani yang ingin diiktirafkan dengan sijil organik dan menyokong sepenuh hati usaha mereka ke arah itu. Semua ini di laksanakan supaya dapat membina sebuah persekitaran yang lebih baik dan indah di masa depan.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, terdapat kemajuan yang jelas kelihatan di kalangan orang ramai. Walau bagaimanapun, kami berpendapat bahawa sokongan yang lebih jitu perlu diberikan oleh para peniaga dan Agensi kerajaan untuk membolehkan kita mara ke depan lagi. Oleh itu, kami telah menganjurkan “Persidangan Organik Malaysia yang Pertama”.

Persidangan ini bertujuan untuk mengumpul pelbagai Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGOs), para pemborong dan peruncit organik, persatuan petani, jabatan agensi kerajaan, institusi pengajian tinggi dan lain-lain yang mempunyai matlamat yang sama untuk menumpukan usaha kami dan bekerjasama ke arah mencapai matlamat tersebut.

Kami akan menjemput para profesional dari bidang organik dari dalam and luar negara untuk memberi ucapan yang meliputi promosi, pensijilan dan pemprosesan makanan. Kami berharap ini akan menggalakkan visi dan misi masyarakat pertanian mesra alam tempatan dan seterusnya menggerakkan industri pertanian organik di Malaysia ke arah mencapai kejayaan yang lebih ketara.

Persidangan ini adalah satu acara bukan untung dan terhad kepada 300 peserta sahaja. (Usia 18 dan ke atas sahaja)

Tarikh :  10 hb Disember 2017 (Ahad)

Masa :  9 pagi – 5 petang

Tempat :  Technology Park Malaysia Corporation Sdn. Bhd.

Auditorium 1st Floor Enterprise 4

Lebuhraya Puchong – Sungai Besi

57000 Bukit Jalil, Kuala Lumpur

Bahasa yang digunakan: Bahasa Cina (Terjemahan kepada Bahasa Inggeris disediakan)

Pertanyaan: 016-439 4226 / 012-411 8458 (Waktu Pejabat)

Berkongsi halaman ini ke: