banner-history

Latar Belakang Syarikat

Kean Beng Lee telah ditubuhkan pada tahun 1980 dengan hanya bertapak di sebuah rumah teres separuh kayu dan dilengkapi dengan sebuah mesin suntikan dan pembentukan plastik terpakai serta dua orang pekerja sahaja. Hari ini, kami adalah salah satu pengeluar bekalan berkebun yang termaju di bawah cap dagangan “Baba, yang juga merupakan jenama yang pertama dalam industri hortikultur yang muncul di pasaran pada masa itu. Selama beberapa tahun, kami terus berusaha untuk menjadi yang terbaik dalam membekalkan produk yang berkualiti premium dan perkhidmatan professional kepada pelanggan kami dan penggemar berkebun secara umum.

Selain daripada Malaysia, produk Baba mudah didapati di lebih daripada 30 buah negara di merata dunia seperti Asia, Eropah, Timur Tengah, Amerika Tengah, Amerika Utara dan juga Amerika Selatan. Tambahan pula, produk kami juga didaftar dengan cap dagangan di lebih daripada 30 buah negara. Kami merasa bangga dapat menghasilkan pelbagai bekalan berkebun yang inovatif dan berkualiti tinggi dengan lebih daripada 40 reka bentuk yang telah berjaya dipatenkan.

Sejak baru-baru ini, Baba juga terlibat secara aktif dalam menggalakkan penanaman mesra alam. Bagi mencapai matlamat ini, kami telah berjaya menjadi syarikat pertama di Malaysia dalam menerajui usaha mempromosikan pensijilan organik pertubuhan bukan kerajaan di negara ini. Di samping membimbing pengguna dalam mengenal pasti keaslian produk-produk mesra alam, kami juga menyediakan platform kepada penanam organik untuk mempraktikkan amalan yang menyumbang kepada kehijauan dan kemampanan bumi.

Pada masa lalu, Baba telah memenangi pelbagai pengiktirafan dan anugerah untuk prestasi yang cemerlang, termasuklah Program Anugerah Enterprise 50 sebanyak dua kali; Anugerah SMI – Brand Builders sebanyak dua kali, Anugerah Golden Bull sebanyak dua kali dan Anugerah Superbrands Malaysia.

awards

Berkongsi halaman ini ke: