banner-eco-nursery

Apakah Pusat Taman Mesra Alam?

Sebuah pusat taman adalah suatu tempat untuk orang ramai menghayati kecantikan Ibu Bumi. Ia adalah sebuah tempat yang baik untuk menikmati keindahan bunga, mengisi masa lapang atau membeli-belah di sekitar taman; tetapi untuk menjaga tumbuh-tumbuhan yang indah ini dari pertumbuhan rumpai, perosak dan kulat, banyak pusat taman terpaksa menyembur racun perosak kimia dan racun rumpai dengan kerap kali. Penggunaan racun perosak kimia ini bukan sahaja membahayakan kesihatan pekerja dan peniaga kedai, malah juga membahayakan setiap pencinta alam semula jadi yang bersentuhan dengan tumbuhan itu. Oleh itu, Baba mulai Pusat Taman Mesra Alam ini untuk melindungi kesihatan peniaga kedainya, pekerjanya, kanak-kanak dan alam sekitar.

Pusat Taman Mesra Alam ini memerlukan pelaksanaan prosedur operasi yang ketat seperti mempunyai kawasan yang jelas dibahagikan kepada bahan-bahan kimia dan bahan-bahan organik; kawasan pemulihan perladangan; menyimpan rekod pencegahan perosak dan kawalan; dan yang paling penting, melarang penggunaan racun perosak kimia di pusat.

Oleh itu, Pusat Taman Mesra Alam ini memerlukan banyak sokongan moral dan galakan anda untuk menerajui misinya.

Berkongsi halaman ini ke: