flower-pot-bm

Pasu Bunga Mesra Alam

Walaupun pada hakikatnya majoriti bahan-bahan plastik boleh dikitar semula, kajian penyelidikan telah mendapati bahawa hanya 3% daripada produk plastik yang dihantar untuk dikitar semula sebenarnya dikitar semula, manakala 97% daripadanya dilupuskan atau ditimbus di tapak pelupusan, menyebabkan pencemaran di laut dan di darat.

Selepas melalui banyak penyelidikan dan pembangunan, Baba menghasilkan sebuah pasu plastik yang mesra alam dan biodegradasi.

Pasu biodegrasi Baba yang unik ini menggunakan formula plastik khas yang telah diluluskan oleh makmal antarabangsa mempunyai fungsi kualiti bersifat biodegradasi tinggi yang boleh menahan suhu yang melampau dari -17 darjah Celsius kepada 48 darjah Celsius.

Sifat Biodegradasi

Pasu biodegradasi Baba ini boleh dipecahkan oleh mikroorganisma kepada humus, karbon dioksida dan biogas apabila diletakkan di dalam persekitaran yang mikrob. Sama dengan sampah, ia boleh mengurai sama ada di dalam persekitararan anaerobik (tanpa oksigen dan cahaya matahari) atau aerobik (dengan oksigen).

Jangka Hayat Produk

Pasu biodegradasi Baba ini tidak akan mengurai apabila ia diletakkan di atas rak atau disimpan di dalam gudang. Pasu ini perlu diletakkan di dalam persekitaran yang mikrob bagi membolehkan ia mengurai.

Sifat Kitar Semula

Pasu biodegradasi Baba boleh dikitar semula dengan sepenuhnya atau dicampur bersama-sama dengan plastik lain yang sedia ada untuk kegunaan kitar semula.

Berkongsi halaman ini ke: