banner-organic-farming

Menggalakkan Penanaman Organik

Untuk menggalakkan pemeliharaan alam sekitar, Baba telah memperuntukkan sebuah tanah seluas tujuh ekar untuk tujuan pendidikan organik, di mana lebih dari separuh daripada tanah itu dikekalkan dalam keadaan asal dan akan sentiasa dibuka kepada sekolah, perniagaan atau kumpulan masyarakat untuk tujuan pendidikan ekologi; manakala separuh lagi daripada tanah itu bakal digunakan untuk penanaman organik yang menggunakan kaedah organik yang berbeza bagi menanam tumbuh-tumbuhan dan mengurangkan perosak. Pada masa ini, kawasan penanaman organik ini akan digunakan oleh Baba untuk berinteraksi dengan petani mengenai kaedah penanaman yang berbeza, dan ia juga digunakan oleh Biro Pertanian Weinan sebagai pangkalan latihan untuk petani.

Demi membantu dan mendidik petani yang berminat untuk mengamalkan penanaman organik, kami mulai mempromosikan program Membantu Petani Organik.

Melalui program ini, para pengguna akan dapat mempelajari tentang kesusahan kerja para penanam organik serta sumbangan mereka terhadap alam sekitar dan kesejahteraan manusia. Para penanam organik juga akan diberi peluang untuk merasai diri mereka dihargai dalam sepanjang perjalanan penanaman mereka.

Berkongsi halaman ini ke: