banner-junior-landcare

Apakah Aktiviti Pendidikan Tentang Penanaman?

Pelajar-pelajar adalah guru, pengguna dan usahawan masa depan. Oleh itu, pemahaman dan penjagaan terhadap alam sekitar memainkan peranan penting dalam menentukan masa depan Bumi. Pada tahun ini, Baba telah melanjutkan gerakan hijau dalam pendidikan alam sekitar kepada sekolah melalui pelancaran Program Komuniti Baba Muda.

Di samping menggalakkan guru-guru dan pelajar-pelajar untuk mendirikan kebun sayur mereka sendiri di sekolah, Baba juga bersedia untuk memberikan bantuan kaunseling dan pendidikan alam sekitar kepada mereka secara berkala. Penajaan berbentuk kewangan juga diberikan dengan murah hati kepada sekolah yang mengalami apa-apa masalah kewangan.

Melalui program ini, Baba dapat mengetahui bahawa sebenarnya, banyak sekolah dan guru yang sangat berminat dan bersemangat dalam menggalakkan pemeliharaan alam sekitar. Begitu juga dengan pelajar-pelajar yang telah menunjukkan minat dalam topik ini. Satu-satunya masalah yang mereka hadapi adalah kekurangan sumber untuk membimbing mereka. Oleh itu, penglibatan Baba dalam gerakan hijau ini boleh dikatakan sememangnya diperlukan dan juga tepat pada masanya.

Berkongsi halaman ini ke: