banner-subsidy

Apakah Subsidi Untuk Pensijilan Organik?

Kami memahami bahawa “Pensijilan Organik” adalah penting untuk membantu meningkatkan pertumbuhan industri organik Malaysia. Ini juga penting dalam membantu pengguna untuk mengenalpasti keaslian sayur-sayuran dan produk organik dalam pasaran.

Walau bagaimanapun, bayaran permohonan untuk pensijilan organik telah mewujudkan masalah kepada petani secara umum.

Dalam usaha untuk mengurangkan beban para petani, kami telah menubuhkan saluran pendanaan yang dikenali sebagai “Tabung Pensijilan Organik Malaysia” yang menyumbang setiap tahun daripada hasil perniagaan kami. Para petani yang berminat untuk memohon mana-mana pensijilan organik, yang memenuhi piawaian organik pengiktirafan di peringkat antarabangsa boleh memilih utnuk memohon elaun pensijilan organik kami. Setelah lulus prosedur pemeriksaan, petani akan diberi elaun pensijilan organik. Dengan ini, kami berharap dapat mempercepatkan pertumbuhan industri organik di Malaysia.

Berkongsi halaman ini ke: