Subsidi Untuk Pensijilan Organik
Kami memahami bahawa “Pensijilan Organik” adalah penting untuk membantu meningkatkan pertumbuhan industri organik Malaysia. Ini juga penting dalam membantu pengguna untuk mengenalpasti keaslian sayur-sayuran dan produk organik dalam pasaran. Walau bagaimanapun, bayaran permohonan untuk pensijilan organik telah mewujudkan masalah kepada petani secara umum.
Dalam usaha untuk mengurangkan beban para petani, kami telah menubuhkan saluran pendanaan yang dikenali sebagai “Tabung Pensijilan Organik Malaysia” yang menyumbang setiap tahun daripada hasil perniagaan kami. Para petani yang berminat untuk memohon mana-mana pensijilan organik, yang memenuhi piawaian organik pengiktirafan di peringkat antarabangsa boleh memilih utnuk memohon elaun pensijilan organik kami. Setelah lulus prosedur pemeriksaan, petani akan diberi elaun pensijilan organik. Dengan ini, kami berharap dapat mempercepatkan pertumbuhan industri organik di Malaysia.
Syarat Permohonan
Pemohon yang berjaya akan menerima subsidi pensijilan selama tiga (3) tahun dari jawatankuasa [Bantuan Subsidi Pensijilan Baba].
Jumlah subsidi ialah 75%-80% daripada jumlah yuran pensijilan (termasuk ujian logam berat tanah dan air pengairan, ujian sisa racun perosak tanaman).
* Hanya sah untuk ujian pemeriksaan tahunan pertama. Adalah tanggungjawab pemohon untuk menanggung kos bagi ujian pemeriksaan yang berikutnya jika ujian pertama gagal.
Pemohon yang berjaya yang ingin meneruskan selepas tiga (3) tahun pertama subsidi boleh memohon subsidi untuk dua (2) tahun seterusnya dengan kelulusan jawatankuasa. (Jumlah subsidi ialah 50% daripada jumlah yuran pensijilan).
Pemohon yang berjaya akan menerima subsidi pensijilan selama tiga (3) tahun dari jawatankuasa [Bantuan Subsidi Pensijilan Organik Baba].
Jumlah subsidi ialah 60% daripada yuran pensijilan.
Pemohon yang berjaya yang ingin meneruskan selepas tiga (3) tahun pertama subsidi boleh memohon subsidi selama dua (2) tahun seterusnya dengan kelulusan jawatankuasa. (Jumlah subsidi ialah 40% daripada jumlah yuran pensijilan).
Pemohon yang berjaya akan menerima subsidi pensijilan selama satu (1) tahun dari jawatankuasa [Bantuan Subsidi Pensijilan Organik Baba].
Jumlah subsidi ialah 70% daripada yuran pensijilan.
Pemohon yang berjaya yang ingin meneruskan selepas tahun pertama subsidi boleh memohon subsidi selama dua (2) tahun seterusnya dengan kelulusan jawatankuasa. (Jumlah subsidi ialah 50% daripada jumlah yuran pensijilan).
Bagi pemohon Pensijilan Organik Antarabangsa, yuran pensijilan adalah lebih tinggi, oleh kerana kami ingin memberi perhatian kepada lebih ramai petani organik, jumlah subsidi akan dibatasi. Sila hubungi jawatankuasa jika anda berminat.
Pemohon pensijilan organik perlu mengemukakan permohonan setiap tahun, dan permohonan akan dinilai dan diluluskan oleh jawatankuasa [Bantuan Subsidi Pensijilan Baba].

Prosedur Permohonan
Prosedur Permohonan
Maklumat Hubungan Kami
Baba Certification Subsidy Committee
1384, Atas Lot 841,
MK-1, Jalan Tasek,
14120 Simpang Ampat,
Seberang Perai Selatan,
Penang, Malaysia.
Email: bis@kblind.com.my