Kem Keusahawanan
Majoriti graduan kolej berfikir bahawa mendapatkan ijazah adalah passport untuk kerjaya yang cerah. Walau bagaimanapun, pada hakikatnya, perkara-perkara yang akan berlaku mungkin sama sekali berbeza daripada apa yang mereka harapkan. Akibatnya, ramai graduan pada hari ini menghadapi pelbagai cabaran dan situasi yang mengecewakan, dan mempunyai tanggapan sebagai seorang yang lemah dan senang dikuasai dengan halangan di tempat kerja mereka.
Oleh itu, Baba telah memulakan “Kem Keusahawanan”. Melalui kem ini, kami berharap dapat berkongsi dengan pelajar-pelajar kolej, yang akan memasuki tenaga kerja pada masa akan datang, tentang beberapa idea untuk menjalankan dan menguruskan sebuah perniagaan. Kem ini juga akan menyediakan pelajar dengan peluang untuk memahami persekitaran sebuah perniagaan yang sebenar dan menguasai konsep-konsep pengurusan praktikal dalam dunia sebenar. Akhirnya, kami berharap dapat membantu pelajar-pelajar dalam membina kekuatan dan keyakinan mereka untuk memulakan perjalanan mereka dalam kehidupan. Akhir sekali, “Kem Keusahawanan” Baba bertujuan untuk memupuk dan membina generasi yang cerah, yang akan menyumbang kepada negara.