Cara Menanam: VE-001 Ketumbar
Cara Menanam
Menyemai:
- Penuhkan pasu dengan Yasa-I Soil/ Baba Peat Moss.
- Menaburkan biji benih di atas tanah, dan tutup dengan selapis tanah.
- Meletak pasu di tempat berteduh sebelum biji benih bercambah. Selepas biji benih bercambah, pindahkan pasu ke tempat yang bercahaya matahari.
- Sewaktu pertumbuhan, kalau ketumbar tumbuh terlalu padat, sila guntingkan ketumbar yang lemah. Supaya, ketumbar yang sihat mendapat ruang yang mencukupi untuk tumbuh dengan subur.
Menabur Baja:
Pada hari yang ke-7 selepas biji benih bercambah, tabur baja Mr. Ganick 532 Daun Organik. Membaja pada setiap minggu sehingga menuai.
Menyiram air:
Air adalah sangat penting, pastikan ketumbar mendapat air yang mencukupi. Mengalakkan menyiram air pada waktu pagi.
Menuai:
Ketumbar boleh dituai selepas 35-45 hari dari percambahan.
Sewaktu menuai, anda boleh cabut keluar semua ketumbar atau menggunting ketumbar yang cukup besar sahaja dan biarkan ketumbar yang muda bertumbuh lagi.
♥♥ Tips tambahan: Biji benih yang belum digunakan boleh simpan di dalam peti sejuk, atau diguna sebagai bahan perasa.