Cara Menanam: VE-026 F1 Bunga Kobis Tanah Rata

Cara Menanam:

Menyemai

Sediakan Baba Tanah Semaian dan Pasu Semaian. Isikan tanah semaian ke dalam pasu semaian dan tebuk satu lubang kecil di atas tanah dengan ringin. Letakkan 2-3 biji benih ke dalam lubang dan tutup dengan selapis tanah semaian.

Sewaktu penyemaian, letak pasu di tempat yang teduh. Selepas biji benih bercambah, alihkan pasu ke tempat yang mempunyai cahaya matahari. Siram air apabila tanah kering.

♥♥ Tips Tambahan: Sebelum menabur biji benih atau membuat pemindahan anak benih, menyiram aira pada tanah semaian atau tanah dulu. Ini adalah untuk memastikan tanah mempunyai kelembapan yang mencukupi.

Pemindahan Anak Benih

Semasa anak benih bertumbuh 3-4 daun (agak 14-28 hari selepas bercambah), boleh menjalankan pemindahan anak benih.

  • Menyediakan pasu yang sesuai, diameter pasu perlu sekurang-kurangnya 300mm. Seperti Baba 206 Flower Pot.
  • Penuhkan pasu dengan Baba Organic Vegimix, kemudian membuat lubang sebesar pasu semaian. Jarak antara tanaman perlu minimum 300mm.
  • Memindahkan anah benih ke dalam lubang. Menekan tanah di sekeliling anak benih, untuk mengukuhkan anak benih.

Membaja

Pada hari ke-7 selepas pemindahan, bermula menabur Mr. Ganick 532 Baja Daun Organik setiap minggu.

Jika Bunga Kobis tidak membentuk kepala selepas dua bulan, tukar ke Mr. Ganick 426 Baja Sayur Buah Organik, ulang mingguan juga.

Mengorek lubang kecil 100-150mm dari tanaman, tabur baja ke dalam dan tutup dengan selapis tanah yang nipis.

Selepas membaja, anda juga perlu menyiram air.

Menyiram Air

Kelembapan adalah penting untuk Bunga Kobis. Pastikan siram air sebelum tanah menjadi kering.

Menyiram air pada setiap waktu pagi adalah digalakkan.

Menuai

Selepas 65 hari pemindahan anak benih, atau apabila Bunga Kobis menjadi kompak dan warna putih, Bunga Kobis mula boleh dituai.

Semasa menuai, boleh terus cabut atau memotong batang sayur tersebut.

♥♥ Tips Tambahan: Apabila Bunga Kobis bertumbuh sehingga saiz telur , tutupkan Bunga Kobis menggunakan daun supaya bunga kobis akan menjadi warna putih tanpa pendedahan kepada matahari.

Klik pada produk berikut, agar alat yang disyorkan berkembang Bunga Kobis Tanah Rata

Baba Tanah Semaian & Pasu Semaian

Baba Organic Vegimix Tanah

Baba BI-206 Pasu Cetek

Mr. Ganick 532 Baja Daun Organik

Mr Ganick 426 Baja Organik Sayuran Melon

Share This Page To: