Cara Menanam: VE-034 F1 Terung Mini
Cara Menanam:
Menyemai
Sediakan Baba Tanah Semaian dan Pasu Semaian. Isikan tanah semaian ke dalam pasu semaian dan tebuk satu lubang kecil di atas tanah dengan ringin. Letakkan 1 biji benih ke dalam lubang dan tutup dengan selapis tanah semaian.
Sewaktu penyemaian, letak pasu di tempat yang teduh. Selepas biji benih bercambah, alihkan pasu ke tempat yang bercahaya matahari.
♥♥ Tips Tambahan: Sebelum menabur biji benih atau membuat pemindahan anak benih, menyiram air pada tanah semaian atau tanah dulu. Ini adalah untuk memastikan tanah mempunyai kelembapan yang mencukupi.
Pemindahan Anak Benih
Semasa anak benih bertumbuh 3-4 daun (agak 10-14 hari selepas bercambah), boleh menjalankan pemindahan anak benih.
- Menyediakan pasu yang sesuai, kedalam pasu sekurang-kurangnya 300mm. Seperti Baba RD-392, MJ-400, 537 Volcano Box atau 507-L Planter.
- Penuhkan pasu dengan Baba Organic Vegimix, kemudian membuat lubang sebesar pasu semaian. Jarak antara tanaman perlu minimum 300mm, dan bina teralis untuk disokong.
- Memindahkan anah benih ke dalam lubang. Menekan tanah di sekeliling anak benih, untuk mengukuhkan anak benih.
- Kalau anda mempunyai lebih daripada satu anak benih, anda boleh menanam dua anak benih di dalam satu pasu. Selepas 14 hari, pokok yang lebih lemah perlu dicabut dan tinggal satu pokok di dalam satu pasu sahaja.
♥♥ Tips tambahan: Tambah 25% Baja Organik Kompos Baba ke dalam tanah sewaktu prosess pemindahan. Baja Organik Kompos membantu pokok bertumbuh dengan lebih kuat, dan berbuah lebat.
Membaja
Pada hari ke-7 selepas pemindahan, bermula menabur Mr. Ganick 532 Baja Daun Organik setiap minggu, selama sebulan.
Selepas satu bulan atau pokok sudah mengembang bunga, tukar ke Mr. Ganick 426 Baja Sayur Buah Organik, ulang mingguan juga.
Mengorek lubang kecil 100-150mm (satu tapak tangan) dari tanaman, tabur baja ke dalam dan tutup dengan selapis tanah yang nipis.
Selepas membaja, anda juga perlu menyiram air.
Menyiram Air
Kelembapan adalah penting untuk Terung Mini. Pastikan menyiram air sebelum tanah kekurangan air.
Menyiram air pada setiap waktu pagi adalah digalakkan.
Menuai
Selepas 60 hari pemindahan anak benih, atau apabila bahagian tepi putih Terung Mini mula memendek dan menjadi lembut, Terung Mini mula boleh dituai.
♥♥ Tips tambahan: Selepas pusingan pertama penuaian, gunting daun kuning, tua dan berpenyakit dengan kerap, dan kemudian gunakan Mr. Ganick 532 Baja Daun Organik dan Mr. Ganick 426 Baja Sayur Buah Organik secara berselang-seli setiap minggu.