Cara Menanam: VE-039 F1 Tomato
Cara Menanam:
Menyemai
Menyedia Baba Tanah Semaian dan Pasu Semaian. Memenuhkan tanah semaian ke dalam pasu semaian. Guna jari membuat satu lubang kecil di atas tanah dengan ringin. Meletak 1-2 biji benih ked dalam lubang, dan tutup dengan selapis tanah semaian.
Sewaktu penyemaian, letak pasu di tempat yang teduh. Selepas biji benih bercambah, alihkan pasu ke tempat yang bercahaya matahari.
♥♥ Tips Tambahan: Sebelum menabur biji benih atau membuat pemindahan anak benih, menyiram air pada tanah semaian atau tanah dulu. Ini adalah untuk memastikan tanah mempunyai kelembapan yang mencukupi.
Pemindahan Anak Benih
Semasa anak benih bertumbuh 3-4 daun (agak 10-14 hari selepas bercambah), boleh menjalankan pemindahan anak benih.
- Menyediakan pasu yang sesuai, kedalam pasu sekurang-kurangnya 250mm. Seperti Baba RD-260, RD-310 atau RD-392.
- Penuhkan pasu dengan Baba Vegimix, kemudian membuat lubang sebesar pasu semaian. Setiap lubang berjarak 100-120mm (jarak satu tapak tangan).
- Memindahkan anah benih ke dalam lubang. Selepas itu, menekan tanah di sekeliling anak benih, untuk mengukuhkan anak benih. Satu pasu max boleh menanam 2-3 semaian.
♥♥ Tips tambahan: Tambah 20% Baja Organik Kompos Baba ke dalam tanah sewaktu prosess pemindahan. Baja Organik Kompos membantu Tomato bertumbuh dengan lebih kuat, dan berbuah lebat.
Membaja
Pasa hari ke-7 selepas pemindahan, bermula membaja. Menabur Mr. Ganick 532 Baja Daun Organik setiap minggu.
Selepas satu bulan atau pokok sudah mengembang bunga, tukar ke Mr. Ganick 426 Baja Sayur Buah Organik.
Mengorek lubang kecil ke tepi pokok, tabur baja ke dalam dan tutup dengan selapis tanah yang nipis.
♥♥ Tips tambahan: Sewaktu Tomato bermula berbunga, pastikan ia memdapat cahaya matahari yang mencukupi dan nutrient. Sebab, ia hanya akan berbunga untuk satu kali sahaja.
Menyiram Air
Kelembapan adalah penting untuk Tomato. Pastikan menyiram air sebelum tanah kekurangan air.
Menyiram air pada setiap waktu pagi adalah digalakkan.
Penyokong Tumbuh-tumbuhan
Tomato memerlukan ruang dan penyokong untuk memanjat. Penyokong diperlukan.