Cara Menanam: VE-054 F1 Tembikai Susu
Cara menanam benih
- Isikan pasu dengan tanah semaian, tebuk lubang pada tanah dan letakkan 1 biji benih dalam satu lubang, selepas itu tutupkan dengan lapisan tanah yang nipis.
- Letakkan pasu benih di kawasan teduh, menyiram 1 kali sehari pada waktu pagi. Biji benih boleh bercambah dalam masa 5 – 7 hari. Selepas itu pindahkan anak pokok ke tempat yang mencapai cahaya matahari.
- Buangkan anak benih yang tidak sihat & kekalkan anak benih yang sihat di mana mengeluarkan 3-4 daun anak benih. Bersedia untuk memindahkan anak benih ke pasu di mana kedalamannya adalah 30cm atau lebih. Selain itu, jarak antara tanaman juga perlu 30 cm dan bina rangka untuk menyokong.
- Gunakan Mr Ganick 532 Baja Organik Daun setiap minggu untuk daun yang lebih besar dan sihat; Semasa mula berbunga, baja perlu tukar ke Mr Ganick 426 Baja Organik Buah untuk mendapat hasil yang lebih besar. Jarak letak baja perlu 10-15cm dari tanaman, tutup dengan tanah dan menyiram tanaman selepas membaja.
- Tinggalkan dahan yang mempunyai anak batang yang berbuah, buangkan anak batang yang berlebihan. Tinggalkan satu buah untuk satu cawangan sahaja.
- Buah akan mencapai kematangan selepas 65 hari dari tarikh pemindahan apabila buah menjadi matang dan permukaan buah menjadi warna gelap.
Tips penanaman
Menjalankan pendebungaan secara manual pada waktu pagi. Hasilnya lebih baik untuk tanaman yang berbeza.
Menggunakan Mr Ganick Dr Neem Oil pada waktu malam setelah menyiram, untuk menhalau serangga, 2 kali seminggu. Selain ini, buah mesti dibungkus untuk mengelakkan lalat buah.
Kurangkan daun bagi memastikan pengudaraan baik bagi tumbuhan dan menghalau serangan serangga seperti mealybug.