Cara Menanam: VE-055 F1 Tembikai
Cara Menanam
Menyemai:
Sediakan Baba Tanah Semaian dan Pasu Semaian. Isikan tanah semaian ke dalam pasu semaian dan tebuk satu lubang kecil di atas tanah dengan ringin. Letakkan 1 biji benih ke dalam lubang dan tutup dengan selapis tanah semaian.
Sewaktu penyemaian, letak pasu di tempat yang teduh. Selepas biji benih bercambah, alihkan pasu ke tempat yang mempunyai cahaya matahari. Siram air apabila tanah kering.
♥♥ Tips Tambahan: Sebelum menabur biji benih atau membuat pemindahan anak benih, menyiram aira pada tanah semaian atau tanah dulu. Ini adalah untuk memastikan tanah mempunyai kelembapan yang mencukupi.
Pemindahan Anak Benih:
Semasa anak benih bertumbuh 3-4 daun, boleh menjalankan pemindahan anak benih.
- Menyediakan pasu yang sesuai, kedalam pasu sekurang-kurangnya 300mm. Seperti Baba RD-392, MJ-400, 537 Volcano Box atau 507-L Planter.
- Penuhkan pasu dengan Baba Organic Vegimix, kemudian membuat lubang sebesar pasu semaian. Jarak antara tanaman perlu minimum 300mm, dan bina teralis untuk disokong.
- Memindahkan anah benih ke dalam lubang. Menekan tanah di sekeliling anak benih, untuk mengukuhkan anak benih.
- Kalau anda mempunyai lebih daripada satu anak benih, anda boleh menanam dua anak benih di dalam satu pasu. Selepas 14 hari, pokok yang lebih lemah perlu dicabut dan tinggal satu pokok di dalam satu pasu sahaja.
Membaja:
Pada hari ke-7 selepas pemindahan, bermula menabur Mr. Ganick 532 Baja Daun Organik setiap minggu, selama sebulan.
Selepas satu bulan atau pokok sudah mengembang bunga, tukar ke Mr. Ganick 426 Baja Sayur Buah Organik, ulang mingguan juga.
Mengorek lubang kecil 100-150mm dari tanaman, tabur baja ke dalam dan tutup dengan selapis tanah yang nipis.
Selepas membaja, anda juga perlu menyiram air.
Kawalan Serangga:
Gunakan Mr Ganick Dr Neem pada waktu senja selepas menyiram air, untuk menghalau serangga, dua kali seminggu.
Selain ini, buah mesti dibungkus untuk mengelakkan lalat buah.
Kurangkan daun untuk memastikan pengudaraan tumbuhan yang lebih baik dan menghalang serangan serangga seperti mealybug.
Pendebungaan:
Menjalankan pendebungaan secara manual pada waktu pagi. Hasilnya lebih baik untuk tanaman yang berbeza.
Tinggalkan dahan utama dengan anak batang yang sihat, buangkan anak batang yang berlebihan. Tinggalkan satu buah untuk satu cawangan sahaja.
Menuai:
Selepas 70 hari pemindahan anak benih, atau apabila buah menjadi matang dan permukaan buah menjadi warna gelap, Tembikai mula boleh dituai.