Pencegah Serangga Organik
Sila ambil perhatian bahawa bukan semua serangga adalah perosak. Sesetengah daripada mereka adalah bermanfaat untuk pertumbuhan tanaman. Penggunaan racun perosak yang tidak dikawal akan membunuh semua serangga sama sekali termasuklah serangga yang berfaedah. Pada masa yang sama, ia akan merosakkan tanaman dan membahayakan kesihatan pengguna dengan sisa toksik. Apabila anda mendapati mana-mana perosak di taman anda, langkah pertama adalah untuk mengenal pasti serangga itu dan kemudian mengambil langkah yang betul untuk mengendalikannya. Kebanyakannya, perosak didapati pada tanaman yang tidak bertumbuh dengan baik, oleh itu, pengurusan tanaman dengan cara yang betul adalah jawapan anda dalam mengatasi masalah perosak dalam jangka panjang.
Untuk masalah serangan perosak, Baba juga ada menghasilkan pelbagai produk yang berkesan untuk menghapuskan perosak. Salah satu daripadanya ialah Super Margosa yang telah terbukti berkesan untuk membasmi serangga koya. Asid Tanaman Organik dapat menghapuskan perosak dengan berkesan dan boleh digunakan sebagai racun kulat.