Cara Menanam: FR-208 Zinnia Elegans

Bahasa bunga: Melangkah maju

Cara Menanam:

Menyemaian

Sediakan Baba tanah semaian dan pasu semaian. Isikan tanah semaian ke dalam pasu semaian dan tebuk satu lubang kecil di atas tanah dengan ringan. Letakkan 2-3 biji benih ke dalam lubang dan tutup dengan selapis tanah semaian.

Sewaktu penyemaian, letak pasu di tempat yang berteduh. Selepas biji benih bercambah, alihkan pasu ke tempat yang bercahaya matahari.

♥♥ Tip Tambahan: Sebelum menabur biji benih atau membuat pemindahan anak benih, siram air pada tanah semaian atau tanah dahulu. Ini adalah untuk memastikan tanah mengandungi kelembapan yang mencukupi.

Pemindahan Anak Benih

Apabila anak benih bertumbuh 3-4 daun (7-14 hari selepas bercambah), anak benih tersebut sedia untuk pemindahan.

  • Sediakan pasu yang sesuai, tinggi pasu perlu sekurang-kurangnya 200mm, contohnya Baba OT-260SPH-145 atau NB-150.
  • Penuhkan pasu dengan Baba Super 10 Tanah Khas untuk Tumbuhan, kemudian buat lubang untuk pemindahan. Setiap lubang berjarak 100-150mm (jarak satu tapak tangan).
  • Pindahkan anah benih ke dalam lubang. Letakkan satu anak benih sahaja untuk setiap lubang. Selepas itu, tekan tanah di sekeliling anak benih untuk mengukuhkan anak benih.

♥♥ Tip tambahan: Zinnia Elegans mesti disiram dengan teliti sejurus selepas pemindahan.

Membaja

Pada hari yang ke-7 selepas biji benih bercambah, tabur baja Mr Ganick 549 Organic Flower Bloom Fertilizer. Bajakan setiap minggu sehingga menuai.

Tabur Mr Ganick 549 Organic Flower Bloom Fertilizer di antara tumbuh-tumbuhan, atau di tepi tumbuh-tumbuhan dan tutup dengan selapis tanah.

Bajakan setiap minggu. Selepas membaja, anda juga perlu menyiram air.

Menyiraman Air

Zinnia Elegans biasanya memerlukan penyiraman sebelum tanah menjadi kering sepenuhnya. Semasa menyiram, tanah mesti lembap sepenuhnya sehingga sedikit air meresap dari bahagian bawah pasu.

Penyiraman yang menyeluruh setiap pagi adalah disyorkan.

♥♥ Tip tambahan: Berhati-hati untuk mengelakkan genangan air di dalam pasu, jika tidak ia akan menghalang pertumbuhan akar muda dan menjejaskan pertumbuhan tumbuhan.

Berbunga

Tempoh berbunga adalah kira-kira 50-55 hari selepas pemindahan.

♥♥ Tip Tambahan: Tanah yang subur dan gembur boleh membantu Zinnia Elegans tumbuh dengan kuat dan subur, dan dahan-dahan Zinnia Elegans yang ditanam di dalam tanah ini akan mempunyai batang yang tebal, kuat dan kenyal.

Klik pada produk berikut, agar alat yang disyorkan berkembang Zinnia Elegans

Baba Tanah Semaian & Pasu Semaian

Baba Super 10 Tanah Khas untuk Tumbuhan

Mr Ganick 549 Baja Organik Bunga Mekar

Baba NB-150 Pasu Bunga

Mr Ganick 50X Baja Bunga

Share This Page To: