Mengekalkan rumput yang subur penting untuk halaman yang cantik. Setiap pemilik rumah pasti idamkan rumput yang subur, hijau, dan lembut di taman, tetapi bagaimana cara untuk mendapat rumput yang tebal, segar dan lembut? Berikut adalah beberapa tip penjagaan rumput. Dengan mengikuti empat langkah ini, anda boleh menjadi peminat landskap dirumah dan mendapat rumput yang subur seperti karpet. Anak-anak dan haiwan kesayangan dapat bermain di atasnya tanpa perlu risau…

Tip 1️⃣ – Memotong dan Membuang Rumput Secara Berkala: Ianya bagi menggalakkan pertumbuhan rumput menjadi lebih padat dan hijau. Ingatlah untuk tidak memotong lebih dari satu pertiga tinggi rumput dengan sekali potong. Selepas memotong, adalah penting untuk membuang rumput mati yang lama bagi mengelakkan ia menghalang peredaran udara di sekitar akar, menghalang fotosintesis, dan meningkatkan risiko penyakit rumput.

Tip 2️⃣ – Mengudarakan dan Melonggarkan Tanah: Seiring berlalunya masa, rumput boleh menjadi padat dan keras. Untuk menangani ini, udarakan rumput dengan membuat lubang di tanah. Ini membolehkan air, nutrien, dan udara beredar dengan lebih baik ke dalam tanah, menggalakkan pertumbuhan akar yang lebih kuat. Hasilnya rumput menjadi lebih padat dan sihat.

Tip 3️⃣ – Penyiraman yang Betul: Rumput tidak memerlukan penyiraman setiap hari. Pada mulanya, apabila rumput baru disemai, penyiraman yang kerap diperlukan untuk menggalakkan pertumbuhan cepat. Biasanya, menyiram tiga kali seminggu sudah mencukupi, jika cuaca panas siraman perlu ditambah lebih kerap. Kuncinya adalah menyiram hingga lencun – setiap sesi harus dipastikan tanah lembap pada kedalaman kira-kira 15cm (6 inci).

Tip 4️⃣ – Pembajaan Organik untuk Hasil yang Selamat dan Tahan Lama: Pilih baja organik yang tinggi nitrogen dan gunakan lebih kurang setiap dua bulan. Elakkan pembajaan berlebihan, kerana pemakanan yang berlebihan boleh menggalakkan pertumbuhan berlebihan dan rumput liar berkembang. Pilih baja rumput organik yang lembut, selamat, dan tidak beracun. Untuk penjagaan rumpat di halaman rumah, disarankan untuk menggunakan Mr. Ganick Organic Lawn Fertilizer.

Share This Page To: