HMOG
Sebelum 2015, Baba mulai menganjurkan pelbagai aktiviti pendidikan tentang pemeliharaan alam sekitar dan penanaman organik. Kami berharap bahawa pusat taman yang lain boleh mengamalkan kaedah penanaman mesra alam, pengusaha kedai boleh menjual barangan yang sihat dan berfaedah, dan pengguna pula dapat melindungi kesihatan mereka – supaya sesebuah masyarakat yang mesra alam boleh diwujudkan untuk membantu Ibu Bumi kita menjana semula tenaganya.
Walaupun kami telah giat dalam mempromosikan pelbagai aktiviti pendidikan mengenai pemeliharaan alam sekitar dan penanaman organik, masih ada ramai yang tidak memahami konsep pemeliharaan alam sekitar dengan sepenuhnya. Hanya baru-baru ini sahaja makin ramai orang yang telah mulai berbincang tentang pemeliharaan alam sekitar. Maka, kami rasa bahawa masa yang dinanti-nantikan telah pun tiba.
Oleh itu, mulai dari tahun 2015, Baba telah mempromosikan acara “HMOG”. Melalui program ini, kami berharap untuk memberi inspirasi kepada lebih ramai orang supaya bergabung tangan untuk memelihara alam sekitar Malaysia dan juga masa depan anak-anak kita.
Maksud di sebalik logo
Tapak manusia dan tapak seekor katak yang bertindih antara satu sama lain.
Katak itu melambangkan amfibia dan kitaran hidup – amfibia memakan serangga,
Reptilia memakan amfibia dan burung helang memakan reptilia.
Setiap kali anda melihat helang, ingatlah bahawa ia juga melambangkan keseimbangan ekologi tanah.
Pertanian organik atau penanaman mesra alam bakal membawa keseimbangan ekologi kembali kepada alam sekitar.
Kehidupan bersama yang aman antara manusia dan haiwan adalah untuk mewujudkan persekitaran yang baik dan mampan untuk anak-anak kita.
Kembali ke logo, tapak kecil itu melambangkan anak-anak kita dan generasi-generasi yang akan datang.
Oleh itu, demi anak-anak dan diri kita, mari kita bergabung tangan untuk menjadikan Malaysia lebih organik!