Kursus Pertanian Guru
Perubahan cuaca yang mendadak, penerokaan sumber terhadap alam sekitar yang tidak terkawal dan penggunaan baja kimia yang berlebihan telah membawa kesan buruk kepada alam sekitar dan menyumbang kepada pelbagai jenis penyakit sehingga menjejaskan alam sekitar dan kesihatan kita.
Oleh itu, Baba telah mula melancarkan pendidikan organik dan pelbagai aktiviti melindungi alam sekitar sejak beberapa tahun yang lepas. Aktiviti-aktiviti ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran kepada golongan petani, pemilik-pemilik kedai dan pengguna tentang pentingnya perlindungan terhadap alam sekitar serta mengalakkan orang ramai mengamalkan cara hidup yang sihat dan mesra alam untuk kesihatan yang lebih baik dan alam sekitar yang lestari. Sejak tahun 2015, kami melaksanakan program “Malaysia Lebih Organik”! dalam membantu dan memberikan pendidikan mengenaian penanaman organik dan mesra alam melalui pelbagai cara seperti pendidikan pertanian kepada petani, elaun untuk pensijilan organik serta banyak lagi.
Salah satu akitiviti utama adalah “Program Perkebunan Di Sekolah” di mana Baba berharap usaha murni ini dapat dijalankan dengan kerjasama sekolah-sekolah supaya para pelajar dapat diberi pendedahan dan kesedaran terhadap kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar. Baba berharap melalui akitiviti seperti ini, para pelajar dapat mempelajari dan mendekati alam semulajadi dengan lebih menyeronokkan dan seterusnya menghargai sumber alam sekitar yang sedia ada.
Kesedaran dan pengetahuan murid-murid akan membantu melahirkan masa depan yang lebih cerah dan mewujudkan alam sekitar yang lebih baik kerana mereka merupakan pengguna, ibu bapa, guru dan bakal pemimpin pada masa hadapan.
Hari ini, Baba berharap dapat bersama-sama dengan guru-guru di sekolah seluruh Malaysia dalam mempelajari perkara-perkara asas penanaman dalam pendidikan asas kepada perintis yang akan mengemudi Malaysia ini. Marilah kita melindungi alam sekitar dan masa depan kanak-kanak!
Perkongsian dari Guru
Guru Besar, SRJKC Chio Min “B”, Kedah
“Kem Program Menanam dan Memelihara Tanah Sekolah ini adalah lebih menarik daripada yang dijangkakan. Para sukarelawan telah memberikan kerjasama penuh dan usaha giat sepanjang perkhemahan itu. Ia merupakan sesuatu yang berbeza daripada yang biasa dan saya telah pun mempelajari banyak dari situ.”
Vice-principal of SJKC Batu 14, Hulu Langat, Selangor
“Kem ini adalah jauh lebih baik daripada yang dijangkakan. Setiap bab yang diajarkan dalam kem ini telah memberikan saya satu wawasan baru dan pengetahuan yang tidak mungkin saya peroleh dari tempat lain.”
Guru, SJKC Kim Sen, Bukit Mertajam, Penang
“Saya merasa sangat gembira dan berpuas hati dengan kem ini. Usaha yang telah dilakukan oleh penganjur dan cinta mereka terhadap persekitaran telah memberikan saya satu kesan yang mendalam.”
Guru Besar, SJKC Bukit Merah, Perak
“Saya datang dengan jangkaan dan tinggal dengan hati yang penuh kesyukuran serta minda yang berisi dengan pengetahuan tentang perkebunan. Saya berharap agar bukan sahaja guru tetapi guru besar dan orang-orang yang menyandang jawatan lebih tinggi akan turut menyertai kem ini pada masa akan datang.”
Guru, SJKC Chung Hwa Wei Sin, Perak
“Kem ini adalah sangat berbeza daripada apa yang telah saya bayangkan. Pada mulanya, saya ingat bahawa saya hanya akan belajar tentang cara untuk menanam sayur-sayuran. Walau bagaimanapun, kem 1 malam 2 hari ini bukan sahaja telah mengajar saya tentang cara menanam sayuran, malah ia juga telah membantu saya memahami dengan lebih mendalam tentang persekitaran serta tanggungjawab saya terhadapnya.”