Menggalakkan Penanaman Eco
Sekuntum bunga yang cantik dipandang dan sedap dipegang selalunya memerlukan seseorang petani itu untuk menyemburkan sejumlah besar racun perosak kimia ke atasnya bagi mengekalkan tarikannya.
Inilah sebabnya mengapa pada tahun 2012 dan 2015, terdapat laporan berita yang kerap mempersoalkan kaedah penanaman yang digunakan di kawasan yang terkenal Tanah Tinggi Cameron, Malaysia, di mana kualiti airnya diperiksa dan didapati mengandungi racun perosak toksik. Hari ini, kita tahu dan sedar bahawa begitu cepatnya racun perosak kimia yang kita gunakan ke atas tumbuh-tumbuhan kita kembali masuk ke dalam sistem badan kita.
Dalam usaha untuk menggalakkan lebih ramai orang untuk menghentikan penggunaan racun perosak, Baba telah menubuhkan “Pokok Bunga Mesra Alam Earth Tag” untuk menetapkan satu standard penanaman mesra alam.
Penanam yang ingin mendapatkan pensijilan dari “Pokok Bunga Mesra Alam Earth Tag” perlu memenuhi piawaian yang ketat dan lulus dalam pemeriksaan tahunan Perbadanan Pensijilan Organik Taiwan Antarabangsa yang terbesar – Perbadanan Pensijilan Organik Tse Xin – dari menjalankan audit ke atas katil bunga di taman dan memastikan bahawa tumbuh-tumbuhan itu ditanam secara organik, hinggalah ke kepatuhan kepada kriteria operasi serta pembasmian penggunaan racun perosak kimia dengan sepenuhnya –hanya penanam yang memenuhi semua kriteria yang ditetapkan akan layak menerima pensijilan “Pokok Bunga Mesra Alam Earth Tag”.
Pokok Bunga Mesra Alam Earth Tag
【Earth Tag】bukan hanya sebuah pertubuhan bukan untung, tetapi juga merupakan piawaian pensijilan komuniti pertama di Malaysia, yang diperkenalkan untuk membantu pengguna mengenali produk “organik sebenar”.
【Pokok Bunga Mesra Alam Earth Tag】merupakan piawai utama di seluruh dunia untuk pensijilan tumbuhan dalam pasu. Ia menggalakkan bahawa tiada racun perosak kimia digunakan semasa proses penanaman garis depan untuk melindungi alam sekitar, sumber air, dan kesihatan penanam dan pengguna.
Untuk mengekalkan kualiti tumbuhan hiasan, jumlah besar racun perosak kimia biasanya digunakan dalam proses penanaman, menyebabkan pencemaran alam sekitar dan sumber air serta mengancam kesihatan ekosistem, pengendali, dan pekerja.
Selain menggunakan bahan penanaman yang tidak toksik, semua pasu plastik harus dibuat menggunakan bahan biodegradasi untuk mengurangkan impak sisa plastik ke atas alam sekitar.
Dengarkan Earth Tag Grower
“Melindungi alam sekitar, sumber air dan pekerja-pekerja”
Encik Kok King Mun dari Tanah Tinggi Cameron (Nurseri Green Flourish) adalah penanam pertama di Tanah Tinggi Cameron yang menanam tanaman bebas racun perosak. Diinspirasikan oleh anak perempuannya serta galakan dari Baba, Encik Kok mengambil keputusan untuk berhenti menggunakan racun perosak kimia. Walaupun beliau telah menghadapi banyak masalah dengan perosak, beliau tetap dengan usaha beliau sehingga kini.
Bagi Encik Kok, manfaat terbesar yang didapati dari menanam “Pokok Bunga Mesra Alam Baba Insight” adalah menjadi lebih sihat dirinya. Dengan tidak menggunakan racun perosak toksik, kita bukan sahaja melindungi kejernihan air dan kebersihan alam sekitar, tetapi juga menjaga pengguna yang membeli dan menyokong penanaman eko.
“Makan herba-herba aromatik mesra alam tanpa bimbang”
Encik Tan Goo Tong dari Nurseri Goo Tong di Tanah Tinggi Cameron adalah penanam dengan lebih 20 tahun pengalaman. Demi keluarga, pekerja dan pengguna umumnya, beliau mulai menanam pokok pasu yang bebas racun perosak dua tahun lalu dan telah berjaya memperolehi pensijilan Earth Tag.
Encik Tan menanam pelbagai jenis herba bebas racun perosak, seperti pudina, daun Laksa, selasih, rosemary dan sebagainya. Beliau memahami bahawa dengan peningkatan kesedaran pengguna, pendidikan dan taraf hidup, konsumer kini lebih mengambil berat tentang kesihatan berbanding dari dulu. Oleh itu, disebabkan herba adalah tumbuhan yang boleh dimakan, pengguna kini dapat menikmati herba ini dengan senang hati dan tidak perlu bimbang tentang sebarang masalah sisa racun perosak.
Oleh sebab Encik Tan tidak menggunakan sebarang racun perosak kimia pada tanamannya, beliau boleh menanamnya dengan gembira tanpa kerisauan dan pelanggannya boleh memakannya dengan senang hati.
“Sebuah taman ekologi semula jadi harus mempunyai lebah-lebah dan burung-burung”
Encik Khor Kim Huat adalah pengasas Nurseri Fragrance di Tanah Tinggi Cameron. Beliau adalah salah seorang penanam eko yang telah berjaya mendapat pensijilan Earth Tag.
Dua tahun lalu, apabila Encik Khor memulakan usaha penanaman eko, beliau bertanya kepada dirinya, “Adakah kita benar-benar memerlukan tanaman bebas racun perosak?” Beliau kemudian sedar bahawa, sebenarnya, persekitaran kitalah yang amat memerlukannya.
Selepas berhenti menggunakan racun perosak kimia untuk seketika, ladang Encik Khor mula menarik perhatian lebah dan burung. Beliau mengulas bahawa ini adalah keseimbangan ekologi alam sekitar yang sepatutnya wujud. Encik Khor juga boleh membiarkan anak-anaknya bermain di ladang itu dengan senang hati. Walaupun beliau menghadapi banyak masalah perosak, beliau bertekad untuk menyelesaikannya dengan remedi semula jadi. Melalui penanaman organik, ketahanan tanaman juga akan menjadi lebih kuat dan ianya dapat tumbuh dengan tidak terbatas dalam persekitaran yang sihat dan bersih.
Penanaman eko bukan sahaja melindungi kesihatan kita, tetapi juga ekologi dan alam sekitar.
2023年01月