Home/CSR Malaysia/HMOG/Menggalakkan Pusat Taman Eco

Menggalakkan Pusat Taman Eco

Pengeluar Tanah Organik Terbaik Pilihan Ramai di Malaysia

Apakah yang membuat tanah organik begitu istimewa? Tanah organik adalah jenis tanah yang diperkaya dengan bahan-bahan semula jadi yang memberi manfaat kepada tumbuhan dan alam sekitar. Ia berbeza daripada tanah biasa kerana ia kaya dengan nutrien, mikroorganisma bermanfaat, dan tidak tercemar dengan bahan kimia berbahaya.

Di Malaysia, terdapat banyak kedai eco yang menawarkan tanah organik berkualiti tinggi kepada pengguna. Salah satu pengeluar tanah organik terbaik yang menjadi pilihan ramai adalah Baba. Jenama kami dikenali kerana komitmen terhadap alam sekitar dan kualiti produk yang cemerlang.

Tanah organik dari Baba adalah pilihan terbaik bagi mereka yang ingin menanam sayuran, buah-buahan, atau herba yang berkualiti tinggi. Tanah organik ini dirumus khas dengan campuran bahan semula jadi yang kaya dengan unsur-unsur penting bagi pertumbuhan tanaman. Produk yang dihasil menggunakan proses penghasilan yang teliti dan mengikut standard bertaraf tinggi untuk memastikan kualiti tanah organik yang terbaik.

Kelebihan penggunaan tanah organik memberikan manfaat kepada alam sekitar. Tanah organik berasal daripada bahan-bahan semula jadi yang tidak mengandungi bahan kimia berbahaya, menjadikannya pilihan yang lebih mesra alam. Dengan menggunakan tanah organik, anda dapat memberikan sumbangan positif kepada kelestarian alam sekitar dan membantu mengurangkan pencemaran bahan kimia di dalam tanah.

Oleh itu, Baba mulai “Pusat Taman Mesra Alam Earth Tag” ini untuk melindungi kesihatan peniaga kedainya, pekerjanya, kanak-kanak dan alam sekitar. “Pusat Taman Mesra Alam Earth Tag” ini memerlukan pelaksanaan prosedur operasi yang ketat seperti mempunyai kawasan yang jelas dibahagikan kepada bahan-bahan kimia dan bahan-bahan organik; kawasan pemulihan perladangan; menyimpan rekod pencegahan perosak dan kawalan; dan yang paling penting, melarang penggunaan racun perosak kimia di pusat.

“Pusat Taman Mesra Alam Earth Tag” ini memerlukan banyak sokongan moral dan galakan anda untuk menerajui misinya. Jadi, jika anda mencari pengeluar tanah organik terbaik di Malaysia, Baba adalah pilihan yang tepat. Kami sentiasa memastikan bahawa anda akan mendapat produk yang terbaik untuk pertumbuhan tanaman anda. Dapatkan produk Baba hari ini dan saksikan keajaiban yang dilakukan untuk kebun anda..

Pusat Taman Mesra Alam Earth Tag

【Earth Tag】bukan hanya sebuah pertubuhan bukan untung, tetapi juga merupakan piawaian pensijilan komuniti pertama di Malaysia, yang diperkenalkan untuk membantu pengguna mengenali produk “organik sebenar”.

【Pusat Taman Mesra Alam Earth Tag】diwujudkan untuk menggalakkan pemilik taman nurseri untuk mengelakkan penggunaan bahan kimia berbahaya untuk melindungi keselamatan kanak-kanak, pengguna, pekerja dan sendiri. Dengan tidak menggunakan bahan kimia, ekosistem semulajadi eko-taman berkembang dengan kepelbagaian hidupan mikro dan berfungsi sebagai ruang hijau yang berharga di bandar.

【Pusat Taman Mesra Alam Earth Tag】menggunakan Participatory Guarantee System (lihat: “Sijil antarabangsa – Participatory Guarantee System). Pengguna komuniti mengambil bahagian dalam proses pensijilan, menjadikannya lebih adil dan memberikan keyakinan terhadap penggunaan taman nurseri yang selamat dan mesra alam. Selain itu, pengguna juga menyokong dan mengekalkan reputasi baik taman nurseri, memastikan kelestarian dan kesinambungan program ini.

Maklumat Lanjut
Prosedur Pengesahan

Participatory Guarantee System

“Participatory Guarantee System” adalah satu program yang menjemput orang-orang yang mempunyai visi yang sama dari industri yang berbeza untuk berhimpun bersama-sama dan memeriksa perniagaan yang memiliki pensijilan Earth Tag. Ini adalah satu program baru yang telah dilancarkan baru-baru ini secara global.

Pada bulan November 2016, Earth Tag memulakan program ini di Malaysia dengan memeriksa Pusat Taman Mesra Alam. Tujuan utama pemeriksaan ini adalah untuk memastikan proses pensijilan yang lebih telus. Ini bukan sahaja akan meningkatkan tahap kepercayaan orang awam terhadap Pusat Taman Mesra Alam, tetapi juga turut meningkatkan tahap pemahaman tentang fungsi dan makna bagi kewujudan Pusat Taman Mesra Alam ini.

Melalui proses pemeriksaan ini, pemeriksa-pemeriksa awam telah berpeluang untuk memahami dengan lebih mendalam peranan-peranan yang dimainkan oleh Pusat Taman Mesra Alam. Dengan menjadi saksi-saksi kepada keindahan semula jadi dan udara segar alam persekitaran dan mengakui usaha-usaha yang telah dilakukan oleh Pusat Taman Mesra Alam, ini telah memberikan dorongan yang kuat kepada semua pemilik Pusat Taman Mesra Alam.

Menjadi Juruaudit PGS
0
Ahli Bertauliah
0
Ekar Tanah

Perkongsian daripada peserta

Seorang lelaki yang mempunyai konsep teguh tentang definisi kemesraan alam

Ini adalah kali pertama saya berpeluang untuk menyertai pemeriksaan pensijilan dan ia benar-benar telah membuka mata saya. Bimbingan ketua pasukan ini telah membolehkan saya lebih memahami Pusat Taman Mesra Alam dengan logo “Earth Tag” dan saya merasa ini adalah satu aktiviti yang amat bermakna dan mencabar untuk dilaksanakan.

Dari perbualan dengan pemilik pusat taman, saya telah mendapati bahawa penggunaan racun perosak kimia bukan sahaja menjejaskan kesihatan pengguna, ia juga akan menyebabkan kemudaratan kepada pekerja-pekerja di pusat taman. Saya berharap supaya aktiviti ini boleh diteruskan selama-lamanya, dan kita semua boleh menyokong serta menggalakkan program yang bermakna ini.

Seorang guru

Proses pemeriksaan ini merupakan satu proses pembelajaran yang tidak dapat saya jangkakan. Saya secara peribadi telah mengalami dan memahami kepentingan orang awam dalam menyertai proses pensijilan ini serta makna sebenar di sebalik Pusat Taman Mesra Alam. Saya amat terharu dengan pengalaman ini dan berharap bahawa pada masa akan datang, saya akan mempunyai lebih banyak peluang untuk menyertai aktiviti-aktiviti seperti ini untuk meningkatkan pengalaman saya dan menjadikan kehidupan lebih menarik dan bermakna.

Seorang pelajar yang mengikuti Ijazah dalam Bidang Botani

Pepatah Jing Si: “Bencana alam sekitar adalah disebabkan oleh kelakuan manusia yang berasal dari minda manusia.” Masalah kesihatan yang disebabkan oleh sisa racun perosak kimia adalah jelas untuk dilihat semua. Sekiranya kita terus bertindak acuh tidak acuh terhadap ini, ia akan menjadi sesuatu yang tidak dapat dikendalikan pada masa hadapan.

Saya amat mengagumi Baba kerana kegigihan mereka menerajui kegiatan organik dan amat berbesar hati untuk menyertai program “Participatory Guarantee System” ini. Dalam sepanjang proses pemeriksaan, kami perlu memastikan bahawa Tapak Semaian Eko yang diperiksa tidak menggunakan sebarang racun perosak kimia sama sekali dalam operasi harian mereka. Ini akan membolehkan kita semua untuk hidup dalam persekitaran yang bebas daripada sisa racun perosak kimia dan kita akan dapat menjalani kehidupan yang lebih baik dan sihat.

Pensyarah

Proses yang diperkenalkan dalam program “Participatory Guarantee System” ini membolehkan pemilik-pemilik pusat taman untuk menentukan tempoh, cara dan skala perubahan yang dikehendaki. Teori ini bersesuaian dengan piawaian ISO dan ia adalah cara yang logik dan saintifik. Jika semua pemilik pusat taman boleh berfikir secara mendalam tentang perubahan yang mereka ingin lihat dalam operasi mereka, ini akan banyak membantu mereka untuk mengendalikan operasi pusat taman mereka. Pengguna-pengguna yang melawati pusat taman ini juga turut akan dipengaruhi oleh pemilik tersebut dan saya percaya bahawa mereka akan lebih mengambil berat tentang persekitaran mereka.

Naib Pengetua

Pemeriksaan Pusat Taman Mesra Alam bukan sahaja sebuah proses untuk menggalakkan perlindungan alam sekitar, ia juga adalah satu mekanisme pengajaran yang baik. Melalui proses pemeriksaan ini, pemilik pusat taman dapat memahami dengan lebih ketara sumbangan mereka dalam memelihara alam sekitar dan mengenali serta mengetahui bahawa terdapat orang lain yang menyetujui dan menyokong prosedur mesra alam. Apabila pemilik ini dan pengguna dapat berinteraksi dengan lebih kerap dan berkongsi pengalaman dalam perusahaan organik mereka, ini secara tidak langsung akan memulakan proses untuk mendidik orang awam tentang cara-cara untuk memelihara alam sekitar.

2023/01

[:]

Share This Page To: