Cara Menanam: VE-004 Kucai

Cara Menanam:

Menyemai

Menyedia Baba Tanah Semaian dan Pasu Semaian. Memenuhkan tanah semaian ke dalam pasu semaian. Guna jari membuat satu lubang kecil di atas tanah dengan ringin. Meletak 6-10 biji benih ked dalam lubang, dan tutup dengan selapis tanah semaian.

Sebelum letak biji benih, siram air dan pastikan tanah sudah basah dengan sepenuhnya. Sewaktu penyemaian, letak pasu di tempat yang teduh. Selepas biji benih bercambah, alihkan pasu ke tempat yang bercahaya matahari.

♥♥ Tips Tambahan: Kucai mengambil masa yang lebih panjang untuk bercambah, agak 10-14 hari.

Pemindahan Anak Benih

Selepas 30 hari atau sewaktu anak benih kucai bertumbuh sampai 10cm, ia bersedia untuk Langkah pemindahan anak benih.

  • Menyediakan pasu yang sesuai, kedalaman pasu sekurang-kurangnya 12cm. Seperti Yasa-I Tray, Baba 508 Planter box, Baba 509 Planter Box.
  • Penuhkan pasu dengan Baba Yasa-I Soil, kemudian membuat lubang sebesar pasu semaian. Setiap lubang berjarak 10-15cm (jarak satu tapak tangan).
  • Sebelum memindah anak benih ke dalam tanah, siram dan basahkan tanah dahulu.
  • Memindahkan anah benih ke dalam lubang. Keluarkan anak benih dari pasu semaian dan terus tanam. Setiap lubang dapat menanam 4-8 anak benih kucai. Selepas itu, menekan tanah di sekeliling anak benih, untuk mengukuhkan anak benih.

Membaja

Pasa hari ke-7 selepas pemindahan, bermula membaja. Menabur baja setiap minggu.

Menabur Mr. Ganick 532 Baja Daun Organik di antara sayur-sayuran, atau di tepi sayur-sayuran, dan tutup dengan selapis tanah.

Selepas membaja, perlu menyiram air juga.

Menyiram Air

Kelembapan adalah penting untuk Kucai. Pastikan menyiram air sebelum tanah menjadi kering. Menyiram air pada setiap waktu pagi adalah digalakkan.

Menuai

Sewaktu Kucai bertumbah setinggi 30cm atau selepas 45 hari, kucai boleh dituai. Semasa menuai, tinggal 2-3cm kucai, dan potong.

Dengan ada cuaca yang bagus dan baja yang cukup, kucai dapat dituai pada setiap 30-45 hari.

Klik pada produk berikut, agar alat yang disyorkan berkembang Kucai

Baba Tanah Semaian & Pasu Semaian

Baba YASA-I Vege Soil

Baba Pasu Sayur YASA-I

Baba BI-508 Pasu Panjang

Mr. Ganick 532 Baja Daun Organik

Share This Page To: