Home/Produk Perkebunan Kami/Biji Benih Bukan GMO/Cara menanam/VE-017 F1 Cili Merah Hasilan Terunggul

Cara Menanam: VE-017 F1 Cili Merah Hasilan Terunggul

Cara Menanam:

Menyemai

Sediakan Baba Tanah Semaian dan Pasu Semaian. Isikan tanah semaian ke dalam pasu semaian dan tebuk satu lubang kecil di atas tanah dengan ringin. Letakkan 1 biji benih ke dalam lubang dan tutup dengan selapis tanah semaian.

Sewaktu penyemaian, letak pasu di tempat yang teduh. Selepas biji benih bercambah, alihkan pasu ke tempat yang mempunyai cahaya matahari. Siram air apabila tanah kering.

♥♥ Tips Tambahan: Sebelum menabur biji benih atau membuat pemindahan anak benih, menyiram aira pada tanah semaian atau tanah dulu. Ini adalah untuk memastikan tanah mempunyai kelembapan yang mencukupi.

Pemindahan Anak Benih

Semasa anak benih bertumbuh 3-4 daun (agak 14-28 hari selepas bercambah), boleh menjalankan pemindahan anak benih.

  • Menyediakan pasu yang sesuai, kedalam pasu sekurang-kurangnya 250mm. Seperti Baba EG-310RD -310 atau OT-310.
  • Penuhkan pasu dengan Baba Organic Vegimix, kemudian membuat lubang sebesar pasu semaian.
  • Memindahkan anah benih ke dalam lubang. Menekan tanah di sekeliling anak benih, untuk mengukuhkan anak benih.
  • Kalau anda mempunyai lebih daripada satu anak benih, anda boleh menanam dua anak benih di dalam satu pasu. Selepas 14 hari, pokok yang lebih lemah perlu dicabut dan tinggal satu pokok di dalam satu pasu sahaja.

♥♥ Tips Tambahan: Tambah 25% Baja Organik Kompos Baba ke dalam tanah sewaktu prosess pemindahan. Baja Organik Kompos membantu pokok bertumbuh dengan lebih kuat, dan mengurangkan risiko diserangi oleh perosak.

Membaja

Pada hari ke-7 selepas pemindahan, bermula menabur Mr. Ganick 532 Baja Daun Organik setiap minggu, selama sebulan.

Selepas satu bulan atau pokok sudah mengembang bunga, tukar ke Mr. Ganick 426 Baja Sayur Buah Organik, ulang mingguan juga.

Mengorek lubang kecil 100-150mm (satu tapak tangan) dari tanaman, tabur baja ke dalam dan tutup dengan selapis tanah yang nipis.

Selepas membaja, anda juga perlu menyiram air.

Menyiram Air

Kelembapan adalah penting untuk Cili Merah Hasilan Terunggul. Pastikan menyiram air sebelum tanah kekurangan air.

Menyiram air pada setiap waktu pagi adalah digalakkan.

Kawalan Serangga

Cili Merah Hasilan Terunggul menarik serangga, untuk mencegah perosak, dicadangkan menyembur Mr. Ganick Dr. Neem seminggu sekali.

Menuai

Selepas 60 hari pemindahan anak benih, atau apabila buah menjadi warna merah, Cili Merah Hasilan Terunggul mula boleh dituai.

Cili Merah Hasilan Terunggul yang sihat akan berbuah dengan lebat, dan dapat menuai untuk beberapa bulan. Menyiram air, menabur baja, dan matahari adalah paling penting.

Klik pada produk berikut, agar alat yang disyorkan berkembang Cili Merah Hasilan Terunggul

Baba Tanah Semaian & Pasu Semaian

Baba Organik Vegimix Tanah

Mr. Ganick 532 Baja Daun Organik

Mr. Ganick 426 Baja Sayur Buah Organik

Mr Ganick Dr Neem

Share This Page To: