Cara Menanam: VE-022 F1 Bendi

Cara Menanam:

Menyemai

Sediakan Baba Tanah Semaian dan Pasu Semaian. Isikan tanah semaian ke dalam pasu semaian dan tebuk satu lubang kecil di atas tanah dengan ringin. Letakkan 1 biji benih ke dalam lubang dan tutup dengan selapis tanah semaian.

Sewaktu penyemaian, letak pasu di tempat yang teduh. Selepas biji benih bercambah, alihkan pasu ke tempat yang mempunyai cahaya matahari. Siram air apabila tanah kering.

♥♥ Tips Tambahan: Sebelum menabur biji benih atau membuat pemindahan anak benih, menyiram aira pada tanah semaian atau tanah dulu. Ini adalah untuk memastikan tanah mempunyai kelembapan yang mencukupi.

Pemindahan Anak Benih

Semasa anak benih bertumbuh 3-4 daun (agak 10-14 hari selepas bercambah), boleh menjalankan pemindahan anak benih.

  • Menyediakan pasu yang sesuai, kedalam pasu sekurang-kurangnya 250mm. Seperti Baba RD-392OT-310, or EG-392.
  • Penuhkan pasu dengan Baba Organic Vegimix, kemudian membuat lubang sebesar pasu semaian. Jarak antara tanaman perlu minimum 200-250mm.
  • Memindahkan anah benih ke dalam lubang. Menekan tanah di sekeliling anak benih, untuk mengukuhkan anak benih.
  • Kalau anda mempunyai lebih daripada satu anak benih, anda boleh menanam dua anak benih di dalam satu pasu. Selepas 14 hari, pokok yang lebih lemah perlu dicabut dan tinggal satu pokok di dalam satu pasu sahaja.

♥♥ Tips Tambahan: Tambah 25% Baja Organik Kompos Baba ke dalam tanah sewaktu prosess pemindahan. Baja Organik Kompos membantu pokok bertumbuh dengan lebih kuat, dan berbuah lebat.

Membaja

Pada hari ke-7 selepas pemindahan, bermula menabur Mr. Ganick 532 Baja Daun Organik setiap minggu, selama sebulan.

Selepas satu bulan atau pokok sudah mengembang bunga, tukar ke Mr. Ganick 426 Baja Sayur Buah Organik, ulang mingguan juga.

Mengorek lubang kecil 100-150mm (atau satu tapak tangan) dari tanaman, tabur baja ke dalam dan tutup dengan selapis tanah yang nipis.

Selepas membaja, anda juga perlu menyiram air.

Menyiram Air

Kelembapan adalah penting untuk Bendi. Pastikan menyiram air sebelum tanah kekurangan air.

Menyiram air pada setiap waktu pagi adalah digalakkan.

♥♥ Tips Tambahan: Bendi adalah tanaman yang agak tahan kemarau. Jika hujan atau kemarau berterusan, penyiraman perlu dilakukan mengikut kesesuaian.

Menuai

Selepas 60 hari pemindahan anak benih, atau apabila buah mula mengembang dan kelopak bunga mula gugur, Bendi mula boleh dituai.

♥♥ Tips Tambahan: Mematahkan hujung Bendi apabila menuai bendi, jika sukar dipatahkan, bermaksud bendi tersebut terlalu tua, benih di dalam boleh disemai.

Pemangkasan

Selepas menuai, nipiskan daun adalah digalakkan, untuk mengelakkan pembaziran nutrien, yang akan membantu memanjangkan tempoh penuaian dan memastikan pengudaraan tanaman.

Apabila menuai bendi, kira daun ketiga dan potong dengan gunting.

Klik pada produk berikut, agar alat yang disyorkan berkembang Bendi

Baba Tanah Semaian dan Pasu Semaian

Baba Organik Vegimix Tanah

Mr Ganick 532 Baja Organik Daun

Mr Ganick 426 Baja Organik Sayuran Melon

Baba RD-392 Pasu Bunga

Share This Page To: