Cara Menanam: VE-028 Kangkung
Cara Menanam:
Menyemai
Penuhkan pasu dengan Baba Yasa-I Soil or Baba Peat Moss. Mengorek garisan pada tanah, dan setiap garisan berjarak 100-150mm (atau satu jengkal). Menaburkan biji benih di atas tanah, dan tutup dengan selapis tanah.
Sewaktu penyemaian, letak pasu di tempat yang teduh. Selepas biji benih bercambah, alihkan pasu ke tempat yang bercahaya matahari. Menyiram air apabila tanah menjadi kering.
Sewaktu pertumbuhan, kalau Kangkung tumbuh terlalu padat, sila guntingkan Kangkung yang lemah. Supaya, Kangkung yang sihat mendapat ruang yang mencukupi untuk tumbuh dengan subur.
♥♥ Tips Tambahan: Sebelum menyemai, rendam benih dalam air selama 24 jam, untuk mempercepatkan percambahan dan meningkatkan bahagian benih yang berjaya bercambah.
Membaja
Pada hari ke-7 selepas pemindahan, bermula menabur Mr. Ganick 532 Baja Daun Organik setiap minggu.
Mengorek lubang kecil di antara sayur-sayuran, atau tepi sayur-sayuran, tabur Mr. Ganick 532 Baja Daun Organik ke dalam dan tutup dengan selapis tanah yang nipis.
Selepas membaja, anda juga perlu menyiram air.
Menyiram Air
Kelembapan adalah penting untuk Kangkung. Pastikan siram air sebelum tanah menjadi kering.
Menyiram air pada setiap waktu pagi adalah digalakkan.
Menuai
Selepas 30 hari pemindahan anak benih, Kangkung mula boleh dituai.
Semasa menuai, tinggalkan 2-3 tunas aksilar dan tuai dengan gunting.