Cara Menanam: VE-042 Sawi Hong Kong
Cara Menanam:
Menyemai
Sediakan Baba Tanah Semaian dan Pasu Semaian. Isikan tanah semaian ke dalam pasu semaian dan tebuk satu lubang kecil di atas tanah dengan ringin. Letakkan 2-3 biji benih ke dalam lubang dan tutup dengan selapis tanah semaian.
Sewaktu penyemaian, letak pasu di tempat yang teduh. Selepas biji benih bercambah, alihkan pasu ke tempat yang mempunyai cahaya matahari.
Pemindahan Anak Benih
Semasa anak benih bertumbuh 3-4 daun (agak 10-14 hari selepas bercambah), boleh menjalankan pemindahan Anak Benih.
- Menyediakan pasu yang sesuai, tinggi pasu perlu sekurang-kurangnya 12cm. Seperti Baba Yasa-I tray, Baba 528 Planter box, Baba 509 Planter box
- Penuhkan pasu dengan Baba Yasa-I Soil, kemudian membuat lubang sebesar pasu semaian. Setiap lubang berjarak 10-12cm (jarak satu tapak tangan).
- Memindahkan anah benih ke dalam lubang. Letakkan satu anak benih sahaja ke setiap lubang. Selepas itu, menekan tanah di sekeliling anak benih untuk mengukuhkan anak benih.
Membaja
Mula membaja selepas 7 hari pemindahan.
Menabur Mr. Ganick 532 Baja Daun Organik di antara sayur-sayuran, atau di tepi sayur-sayuran dan tutup dengan selapis tanah.
Membaja setiap minggu. Selepas membaja, anda juga perlu menyiram air.
Menyiram Air
Kelembapan adalah penting untuk sayur-sayuran. Pastikan siram air sebelum tanah menjadi kering. Menyiram air pada setiap waktu pagi adalah digalakkan.
Menuai
Selepas 28-32 hari pemindahan anak benih, sayur-sayuran mula boleh dituai. Semasa menuai, boleh terus cabut atau memotong batang sayur tersebut.