Cara Menanam: VE-061 F1 Betik
Cara menanam benih
- Isikan pasu dengan tanah semaian, tebuk lubang pada tanah dan letakkan 2-3 biji benih dalam satu lubang, selepas itu tutupkan dengan lapisan tanah yang nipis.
- Letakkan pasu benih di bawah naungan, menyiram 1 kali sehari pada waktu pagi. Biji boleh bercambah dalam 7-15 hari, setelah itu pindahkan anak pokok ke tempat yang mencapai cahaya matahari.
- Buangkan anak benih yang tidak sihat & kekalkan anak benih yang sihat di mana mengeluarkan 3-4 daun anak benih. Bersedia untuk memindahkan anak benih ke pasu di mana kedalamannya adalah 60cm atau lebih. Selain itu, jarak antara tanaman juga perlu 60cm.
- Gunakan Mr Ganick 532 Baja Organik Daun setiap minggu untuk daun yang lebih besar dan sihat; Semasa mula berbunga, baja perlu tukar ke Mr Ganick 258 Baja Organik Buah-buahan untuk mendapat hasil yang lebih besar. Jarak letak baja perlu 10-15cm dari tanaman, tutup dengan tanah dan menyiram tanaman selepas membaja.
- Selepas 10 bulan, buah akan berubah menjadi merah apabila matang.
Tips penanaman:
Betik mudah menarik serangan serangga maka cadang gunakan Mr Ganick Scale Terminator pada waktu senja selepas menyiram air, kekerapan dua kali seminggu.
Tanaman ini boleh dituai banyak kali, mencadangkan untuk menuai 2- 3 kali.